Pernahkah anda dengar HOMESTAY LONEK???
Homestay Lonek terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.
Homestay ini telah dibuka pada tahun 2004....
Homestay ini sangat unik kerana ia menonjolkan cara kehidupan orang kampung yang mengekalkan ciri-ciri adat pepatih. Banyak aktiviti dijalankan disini yang menunjukkan keunikan kampung ini...
Banyak aktiviti yang dijalankan bagi memeriahkan dan memperkenalkan budaya tradisional masyarakat negeri sembilan. Antara aktiviti yang dijalankan adalah majlis sambutan para pelancong, lawatan ke kawasan kampung, pertandingan permainan tradiosional, persembahan kebudayaan dan banyak lagi.
Salah satu keunikan Kg. Lonek adalah kebanyakan rumah mengekalkan keunikan bentuk rumah tradisional negeri sembilan. Dan kebanyakan rumah ini dipenuhi dengan pelbagai tanaman seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kg. Lonek juga terdapat banyak kawasan yang boleh menarik seperti keindahan sawah padi yang yang hijau. Pelancong juga boleh melihat penternakan seperti perusahaan ayam kampung, kambing dan ikan sembilang... Terdapat juga perusahaan tanaman seperti perusahaan 'dragon fruit', tebu dan cili api. Di Homestay Lonek juga terdapat perusahaan IKS seperti perusahaan bunga daun getah, makanan ringan seperti bahulu, kerepek-kerepek dan lain-lain.
pelancong mencuba menghasilkan bunga dari daun getah
pelancong mencuba menghasilkan bunga dari daun getah
Para pelancong akan dibawa untuk mengenali setiap perusahaan yang ada di kampung ini dan diberi peluang untuk mencuba seperti penghasilan bunga daun getah.
Aktiviti yang dinanti-nantikan oleh pelancong adalah malam kebudayaan yang mempersembahkan kebudayaan Homestay Lonek iaitu 'bongai'. Para pelancong akan dipersembahkan dengan lagu-lagu bongai dan lagu-lagu tradisional negeri sembilan. Di samping itu, para pelancong juga diberi peluang untuk mencuba lagu-lagu bongai atau membuat persembahan bagi pihak mereka..persembahan 'bongai'persembahan peserta yang memeriahkan suasana
No comments:
Post a Comment